감사합니다

Tuesday, 15 November 2011

Try To Be a Hensem + Smart Person


Tak guna kalau korang pandai macam mana sekalipun tapi korang tak ada karisma dan keyakinan diri yang tinggi. Apa pulak kaitan dengan handsome dan smart? Biasanya apabila korang dah ada 'self-confidence' dan karisma, aura korang akan nampak lebih bertenaga. Contohnya, cuba perhatikan kat shopping complex muka yang macho & baby face. Ramai je kan? Tapi sayang sebab bila jalan pandang ke lantai je. Nampak bonar tak yakin diri tu terbaik. Apapun, mungkin tips ni akan sedikit sebanyak membantu.

Life From All Angles

1 : HAIR
Kalau boleh cuba kurangkan pakai topi tak kena tempat. Asal keluar je mesti pakai topi. Takkan dalam bangunan pun nak pakai topi. Ke sebab malu badan tu gemuk? Rilex bro. Kena berani sikit. Tuhan dah bagi rambut sebab itu perhiasan diri. Jadi cuba gayakan sikit rambut tu, pakai minyak rambut bila keluar, asalkan jangan nampak kering. Tak tahu nak buat style rambut yang sesuai? Apa kata pergi salun, nanti amoi tu boleh buat rambut baik punya. Sebab tak semua jenis style rambut sesuai dengan muka korang. Dan kalau nak jugak tutup rambut tu, cuba tukar pakai snow cap. Barulah nampak stylo!




2 :FACE
Selalu masalah utama lelaki ni muka berminyak dan kering. Dahi tu dah jadi macam cermin dah bila muka berminyak. Cubalah cari pencuci muka yang sesuai dan lepas dah guna pencuci muka tu, gunakan pulak pelembap, baru kulit tu tak nampak kering ye . Kalau muka dah bersih, jangan pulak bila berjalan tu buat muka kerek nak bagi penumbuk free, relax ar. Kalau benci tengok muka orang pun, buat je muka poyo tak bersalah. Apa ada hal???

Latest Product From Garnier 

3 : CLOTHING
Malu badan kurus sangat? Perut ada poshbag? Apa ada hal? Kena tau pilih pakaian je. Kalau badan tu besar, lebihkan pakai banyak baju warna hitam untuk nampak lebih kurus dan baju cerah macam putih untuk nampak lebih berisi. Kalau minat baju berjalur, bagi yang badan besar ni kena pakai yang berjalur menegak, nanti baru nampak tinggi dan kurus macam buluh. Bagi yang kurus pulak pakai berjalur melintang. Mesti macho der.. Apapun, cuba jangan beli baju yang terlalu besar sampai menggelebeh. Kalau korang hip-hop tak pe jugak, ini dah la menggelebeh, lepas tu rambut skema je, memang nampak nerd! So, cuba cari baju yang jarak antara lengan baju dengan siku ialah 3 jari. 


4 : ATTITUDE
Sikap ni paling penting. Tak guna kalau style dah ada, tapi perangai haram jadah kerek. Kalau dengan orang tak kenal takpe, ini kalau keluar dengan member sendiri pun perangai kerak sebab nak jaga market, sorilah der.. Gua pun rasa macam nak blah je...Kau patut hidup sensorang je. So just cool, calm and relax. Tak perlu nak menggelabah bajet diri tu artis, jadi diri sendiri je lagi baik. Cuba rasa enjoy hidup. Kalau hidup untuk mengurat je, menyesal nanti dah tua baru nak 'huha huha'. Apapun cuba kuatkan soft skill dalam diri tu. Macam mana cara yang betul bila bercakap. Ingat hukum karma, kalau kita hormat orang, orang akan hormat kita balik. Dan kalau kita taikkan orang, orang akan taikkan kita balik..Apsal kita plak?
haha.Smokers ckp smoking nampak style.Style ke?tengok mcm **  adalah .Ikod org lha  .



P/s: Jangan bajet nak jadi otai bila keluar dengan member ramai-ramai kalau tak mampu jadi otai bila jalan berseorangan.

Have A Nice Day :)